Tuesday, May 21, 2019

Fudgy Brownies Paling Sedap (Sukatan Cawan)



Kali ni saya kongsikan resepi fudgy brownies yang paling sedap dengan sukatan cawan yang mudah. Cara membuat brownies ni amat mudah kerana tidak memerlukan mixer. Untuk mendapatkan brownies yang sedap, guna coklat dan serbuk koko yang berkualiti dan juga mentega asli. Selamat mencuba 😊

200 gram coklat gelap
1/2 cawan mentega
1/2 cawan gula
1/2 cawan gula perang
3 biji telur (gred B)
1/4 sk garam
1/2 Sb esen vanila
1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
100 gram coklat (apa-apa coklat pun boleh)

————————————————-

200 gram dark chocolate
1/2 cup butter
1/2 cup sugar
1/2 cup brown sugar
3 eggs (grade B)
1/4 sk salt
1/2 Sb vanilla essence
1/2 cup wheat flour
1/4 cup cocoa powder
100 gram chocolate (any chocolate)

Cara-cara
1) mula-mula kita cairkan 200 gram cawan coklat gelap bersama dengan 1/2 cawan mentega
2) masak dengan menggunakan kaedah double boil dan kacau sehingga coklat menjadi cair
3) angkat dan sejukkan coklat pada suhu bilik
4) masukkan gula putih, gula perang dan juga 3 biji telur bersaiz B. kacau adunan dengan menggunakan whisk sehingga gula hancur dan sedikit berbuih
5) masukkan esen vanila dan juga sedikit garam
6) kemudian masukkan adunan coklat yang telah kita cairkan tadi. kacau lagi sehingga adunan sebati
7) ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko ke dalam adunan tadi
8) kaup balikkan adunan dengan menggunakan spatula sehingga adunan betul-betul sebati
9) masukkan coklat yang telah dipotong dadu. nak gunakan coklat apa-apa pun boleh
10) masukkan adunan ke dalam loyang. loyang yang saya gunakan ini bersaiz 7 inci
11) sebelum bakar panaskan dulu loyang lebih kurang 10 minit. kemudian bakarkan selama 30 minit ataupun sehingga masak
12) gunakan pisau yang panas semasa memotong brownies untuk mendapatkan potongan yang licin. pastikan pisau panas dan bersih untuk setiap potongan

fudgy brownies, resepi menggunakan sukatan cawan, resepi sukatan cawan, brownies, brownies mudah, brownies sedap, brownies paling sedap, cara-cara membuat brownies, bake brownies, how to make brownies, the best brownies, easy and simple brownies

Nak tolong kami letak subtitle dan translate kepada lebih banyak bahasa? tekan link ni
http://www.youtube.com/timedtext_cs_panel?c=UCdwV3w30mxpgm-M39JBxslA&tab=2

#buatoranglapo #enjoymusicwhilelearningrecipe #awesomemusic #janganjogetkuatsangat #learnrecipe #belajarmemasak #howtocook #howto #akuyangmasakkauyangmakan #akuyangmasakkauyangpanas

Help us grow by removing adBlock. You don’t have to pay us but ads are paying for us. Ads won’t hurt you but blocking ads will hurt us. #saynotoadblock

For business inquiry, you may contact us at buatoranglapo@gmail.com

• Subscribe to our channel https://www.youtube.com/channel/UCdwV3w30mxpgm-M39JBxslA?sub_confirmation=1

• Music
AM by Ikson : http://bit.ly/2y1GBV4

• My Equipment
DSLR Nikon D5600 – http://bit.ly/30yacEA
DSLR Nikon D7500 – http://bit.ly/2VDhIKs
Nikon AF-P DX 70-300mm – http://bit.ly/30ySO2j
Nikon AF-P DX 18-55mm- http://bit.ly/2VDhLWE
Chefology Swiss Pan – http://bit.ly/30yahbm
Grenstone Tripletz (the 3 pcs cookware) – http://bit.ly/2VDhpzi
Grenstone 32cm Marble Wok – http://bit.ly/30A1c1p

source



No comments:

Post a Comment